Friday 17 August 2012

Majlis Berbuka Puasa UFM bersama anak-anak yatim


Salam Ramadhan semua, bertempat di Dewan Anjung Budiman UiTM Shah Alam pada 10hb Ogos yang lalu telah diadakan Majlis Berbuka Puasa UFM bersama anak-anak yatim. Majlis yang berlangsung selama empat jam ini telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim, pensyarah-pensyarah, rakan media, rakan artis dan tetamu-tetamu dari dua buah rumah anak yatim.

Majlis di mulakan dengan ucapan daripada dekan dan seterusnya sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada barisan rakan-rakan artis yang turut sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Pusat Jagaan Kesayangan, Petaling Jaya dan rumah anak-anak yatim dari Bukit Indah, Ampang.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tidak dilupakan juga kepada semua penaja-penaja yang turut sama membantu.


Barisan warga UFM



Sebahagian daripada anak-anak yatim dari Petaling Jaya



Barisan rakan artis bersama penyampai UFM



Ceria: Masing-masing bersabar menunggu waktu berbuka



Pengurus UFM, En. Amirul dan pensyarah-pensyarah lain turut memeriahkan majlis



Amboi bergelas-gelas air mereka ni minum...

Thursday 16 August 2012

Buka Puasa warga UFM


Salam dan selamat sejahtera semua pendengar UFM.  Kami harapkan anda semua sihat dan ceria-ceria hendaknya disamping keuarga dan rakan-rakan. Seperti Ramadhan tahun-tahun lalu, amalan berbuka puasa beramai-ramai sudah menjadi kebiasaan kami warga UFM.

Masing-masing jauh dengan keluarga, jadi inilah keluarga kami di Shah Alam ni, ‘Keluarga UFM’. Sebenarnya seronok juga dapat berbuka bersama-sama, disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Boleh dikatakan banyak jugalah restoran dah kami singgah di sekitar Shah Alam ni untuk berbuka, haa ..nanti bolehlah kami singgah lagi untuk diselitkan dalam ruangan ‘Food Arena’ untuk diperdengarkan kepada anda semua.

Jom kita tengok gelagat warga UFM berbuka puasa...


Buka Puasa Keluarga UFM


Meriah meja cik abang ni...


Sabar: Dj Amy dan Dj Sya ceria menunggu waktu berbuka


Wednesday 15 August 2012

Persiapan Aidilfitri Warga UFM


Salam Ramadhan buat semua pendengar UFM yang beragama Islam, di kesempatan ini kami warga UFM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua pendengar yang terus menyokong dan menjadikan kami stesen radio pilihan anda.

Diam tak diam sudah minggu terakhir di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sayu pula rasa hati untuk meninggalkan bulan mulia ini. Gunakan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan memperbanyakkan lagi amal ibadat. Mesti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya kan?. Kami di UFM ini tak kurang sibuknya, masing-masing sibuk mengemas dan menghias bilik siaran bersempena lebaran kali ini.

Jom kita lihat aksi warga UFM yang bersungguh-sungguh menghias bilik siaran baru-baru ini...


Sebahagian dari warga UFM sibuk menghias 


Ceria: Dari kiri, Dj Fauzi, Hajar, Dj Shaz & Dj FK


Kerjasama: Semangat menyambut Aidilfitri @UFM


Saturday 2 June 2012

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa kahabar pendengar UFM sekalian? Selamat berhujung minggu dan lakukan aktiviti berfaedah di hujung minggu.. 

Mungkin ada yang sudah tahu, apakah peristiwa penting yang berlaku pada hari ini. Namun UFM disini, sukacita memaklumkan bahawa hari ini adalah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong..

UFM ingin mengucapkan selamat ulang tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sedikit lakaran hidup Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, Seri Paduka ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.



DAULAT TUANKU..!

gambar-->ehsan google

Thursday 31 May 2012

Cuti- cuti UFM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pendengar-pendengar UFM...!


Masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat bercuti Warga UiTM Shah Alam dan pendengar UFM yang bercuti... Cuti sempena Hari Gawai dan Hari Keamatan selama seminggu ini diharapkan di manfaat dengan sebaik-baiknya...


Dan cuti ini.. Staff UFM, pensyarah dan dj UFM memeriahkan cuti dengan menyertai perlawanan futsal sesama mereka...

"Siapa kata dj hanya tahu on air?...
Siapa kata staff hanya tahu kerja pengurusan?..
Siapa kata pensyarah hanya tahu mengajar..?
Di gelanggang futsal mereka bertarung....! "

Jom terjah gambar dan video yang berjaya dirakam...!

Tarikh : 30 Mei 2012
Tempat : Sport Planet, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor



Photo: team futsal level tiga belas :P
gambar kenangan.. dari kiri belakang Shake, Encik Ahmad, Cik Raider, Dj Emy, Dj Farhah, Dj Sya, Dj Fauzi dan Encik Hafiz

Photo: Say Cheese....
Lagi gambar kenangan... dari belakang ke kiri... Syafiq, Shake, Encik Ahmad. Dj Amy, Dj Farhah,
dari bawah ke kiri... Duranni, Dj Sya, Dj Fauzi, Encik Hafiz


Photo: Setelah Keletihan....
Gila bergambar.. Dari belakang ke kiri.. Syafiq, Dj Fauzi, Shake, Encik Ahmad
Dari depan ke kiri... Dj Raidah, Dj Sya, Dj Maryam, Hajar, Dj Amy



Sejuta penghargaan atas sumbangan Encik Ahmad ( Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) dalam anjuran futsal kali ini. Tak terkecuali Syafiq ( Staff Ufm) atas minum malam...

Cuti kali ini.. anda ke mana? melancong...? Teruskan mendengar UFM,Info Muzik Terkini






Tuesday 10 April 2012

Peluang untuk sertai UFM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pendengar UFM yang setia mendengarkan kami di frekuensi 93.6fm..


Di sini ada berita baik untuk sesiapa yang berminat menjadi juruhebah-juruhebah (DJ) UFM kerana UFM akan mengadakan sesi uji bakat. Maklumat lanjut, adalah seperi di bawah.



Apa tunggu lagi. Jom beramai-ramai datang ke sesi ujibakat UFM. Inilah peluang untuk anda menyertai kami!!!!

p/s: Sebarang pertanyaan boleh ditanya di sini. Hebahkan kepada rakan-rakan anda.

Jom kenali UFM

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Terima kasih kepada pendengar-pendengar UFM yang sentiasa menyokong radio UFM selaku radio universiti pertama di Malaysia. Tepat pada 2 April 2012, UFM telah memanjangkan tempoh operasinya daripada 7.00 pagi hingga 10.00 malam bagi hari bekerja. Jika dahulu, UFM hanya bersiaran selama 12 jam bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Walaubagaimanapun, bagi hari sabtu dan ahad dan juga cuti umum, UFM hanya ke udara selama 12 jam sahaja bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Radio UFM juga melakukan rombakan dari segi slot atau ruangan bagi memantapkan lagi penyiaran dan informasi untuk para pendengar bertepatan dengan tagline UFM, Ïnfo Muzik Terkini".. Nantikan ruangan baru yang akan dikemaskini nanti.

Sementara itu, jom terjah artis-artis yang telah sampai di konti UFM.

Yuna di konti UFM

Jaclyn Victor di UFM





Mon Ryanti dan Dj Fauzi

Barisan pelakon filem "Sumpahan Kum Kum" bersama penyampai UFM


Dari kiri, Dj Shaz, Najwa Latif, Dj Farhah dan kakak  Najwa Latif

Lelaki Malaya; dari kiri Hao Ren, Dj Isa dan Aliff Aziz

Itulah antara artis-artis yang datang ke konti UFM bagi mempromosikan single,album mahupun filem terbaru dalam ruangan "Sejam Bersama". Terima kasih kepada artis-artis yang turut menyokong radio UFM dan terima kasih juga kepada para pendengar UFM yang setia mendengarkan kami di frekuensi 93.6fm.

Sampai di sini saja untuk entri kali ini, semoga berjumpa di entri akan datang. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.











Sunday 1 January 2012

sELAmAt dAtANg 2012!

Selamat datang 2012! 2012 juga merupakan tahun ke-15 UFM bersiaran sejak mula beroperasi pada 1997. Laman blog ini merupakan rentetan blog ufmonline. Bermula 2012, laman blog ufmonline tidak lagi beroperasi dan digantikan dengan laman blog ini. Blog ini akan dikendalikan secara total oleh kakitangan UFM. Teruskan sokongan anda kepada UFM, radio universiti pertama di M'sia.