Tentang Kami


Ufm mula beroperasi dengan frekuensi 93.6 FM pada bulan Oktober 1997dengan waktu siaran 3 jam.  Bermula dengan nama Radio 3 Shah Alam siaran ITM.  Pada tahun 1998 selaras dengan perubahan nama siaran radio negeri RTM, Radio 3 Shah Alam telah ditukarkan namanya kepada Radio Malaysia Selangor dan ITM pada ketika itu turut terbabit dan secara rasminya nama Radio ITM ketika itu ialah Radio Malaysia Selangor Siaran ITM.  Walaubagaimanapun selepas pengumuman ITM sebagai universiti oleh Y.A.B Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sekali lagi nama Ufm bertukar kepada Radio Malaysia Selangor siaran UITM. 
Bermula tahun 2000, Radio UiTM telah menggunakan nama TREK 936 sebagai nama stesen dan bersiaran selama 12 jam sehari.  Rancangan berunsur informasi disajikan kepada pendengar di kawasan lingkungan Lembah Kelang.  Bermula dari tahun 2001, TREK 936 telah ditukarkan namanya kepada Ufm sehingga kini.  Ufm masih lagi terus beroperasi sebagai sebuah stesen radio Universiti pertama seumpamanya di Malaysia dan menyajikan hiburan berinformasi kepada pendengar khasnya mahasiswa dan mahasiswi dan orang ramai amnya.  UFM beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam setiap hari.Namun, bermula 1 April 2012, UFM telah memanjangkan tempoh ke udara daripada 7.00 pagi hingga 10.00 malam bagi hari bekerja dan 7.00 pagi hingga 7.00 malam bagi hari cuti dan cuti umum.
Juruhebah UFM kebanyakannya terdiri dikalangan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang dipilih dari sesi ujibakat yang diadakan setiap tahun.  Kebanyakan juruhebah terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.  Pendedahan ini secara langsung memberikan pengalaman dan kemahiran mengendalikan sesebuah rancangan radio