Thursday 18 April 2013

Akhira Syukri



Akira syukri bin zakaria berasal dari negeri Perak. Menceritai pengalaman beliau, beliau pernah menyertai beberapa pertandingan sewaktu di bangku sekolah. Selain itu Akira juga aktif di dalam Universiti  seperti menjadi krew dan pelakon tambahan dalam beberapa teater, drama tv, telemovie dan filem.

Pelajar Diploma Film, Teater dan Animasi (FITA) UiTM Puncak Perdana ini merupakan anak ke dua daripada lima adik beradik ini sering menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan juga penciptaan lagu. Bakat beliau mula terselah apabila klip-klip video yang dimuatnaik oleh beliau mendapat perhatian di ruang You Tube.

 Kesemua lagu yang dimuatnaik itu adalah hasil nukilan beliau sendiri.
Akhirnya pihak Nanorecords memilih Akira sebagai artis di bawah naungan mereka dengan merakamkan single berjudul Duka hasil ciptaan Akira sendiri. Lagu Duka ini menjadi pertaruhan terhadap masa depan beliau dalam dunia musik tanah air.
                                           Akira bersama DJ Isa, DJ Shaz, dan DJ Putera

Thursday 11 April 2013

AX ROCK



Sebuah kumpulan Rock tanah air sekali lagi sudi meluangkan masa di konti UFM Radio iaitu kumpulan AxRock yang mempunyai semangat ingin menaikkan kembali zaman kegemilangan rock kapak. Mereka bergabung daripada beberapa kumpulan terdahulu seperti “Success” dan “Desire-X” menampilkan lima sahabat karib.


 
                                    

                                            Dari kiri: Lah, Nodi, Aju, dan  E-One di dalam konti

AxRock menampilkan Nodi sebagai penyanyi utama kumpulan, Aju selaku pemain gitar kedua dan juga vokalis kedua, Ayen pemain gitar utama, E-one selaku bass gitar dan Lah sebagai pemain drum. Kumpulan mereka baru ditubuhkan pada 15 Januari 2013. Persembahan pertama AxRock di Tumpat Kelantan Darul Naim dengan Pesta Belia bersama Jabatan Pertahanan Awam anjuran ASTRO.



                                                        AxeRock semasa ditemubual


Mereka mempunyai harapan agar AxRock dapat diterima oleh peminat tanah air dan mereka akan terus berusaha untuk menjaga mutu persembahan dan nyanyian untuk peminat yang menyokong mereka.


                                       Kumpulan AxeRock ketika bergambar bersama DJ Amy

Wednesday 3 April 2013

JUMP-P di UFM


Jump-P bermaksud “Lompat P” dimana P itu berasal daripada loghat negeri Pulau Pinang yang bermaksud “Pergi”. Ditubuhkan pada tahun 2003, kumpulan yang di anggotai oleh enam sahabat ini telah Berjaya menghasilkan dua buah album. Kesemua mereka adalah bekas-bekas pemain kumpulan rock professional seperti “Lipanbara”, “May”, “Axl`s”, dan “Doubleline” yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini.

Setelah melibatkan diri dalam beberapa persembahan gig dan show, mereka sepakat untuk memilih dan menengahkan muzik bergenrekan “ Power Metal” bersesuaian dengan peredaran masa sekarang. Album pertama berjudul “Halusinasi” telah dihasilkan pada bulan ogos 2006 dimana telah Berjaya menghasilkan satu kombinasi muzik yang unik .

                                                                  ANGGOTA JUMP-P

Album penuh mereka dikeluarkan pada tahun 2012 melalui lagu hits seperti wujud, mistik dan banyak lagi. Persembahan mereka yang menarik dan memukau telah Berjaya membuatkan ramai orang tertarik. Kumpulan ini dianggotai oleh Oney selaku ketua kumpulan dan vokalis, Boyrazak sebagai pemain keyboard,  Bard sebagai pemain Bass, Lee sebagai pemain drum, yan gitaris pertama dan Xul sebagai pemain gitar ke dua.

                                          BERGAMBAR BERSAMA KAKITANGAN UFM