Tuesday 12 March 2013

KONSERT DI HATIKU KUTIP DANA TMDAB



Menyasarkan kehadiran lebih 1000 orang penonton, KONSERT DIHATIKU yang bertempat di Dewan Seri Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Pensyarah Kanan Fakulti Filem, Teater Dan Animasi (FITA) UiTM, Mazlan Tahir berkata, sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada tabung destini anak bangsa untuk membantu pelajar yang kurang berkeupayaan.

                                             Sesi menandatangani kontrak

Ujarnya, terdapat sebilangan pelajar FITA yang cemerlang dalam pelajaran namun terpaksa berhenti belajar disebabkan kekangan kewangan.
KONSERT DIHATIKU menyaksikan gandingan mantap kumpulan rock dari tiga generasi iaitu Sofea (SYJ), Jinbara, dan Bunkface.

Para pelajar, pensyarah dan artis bergambar bersama-sama


 Konsert yang berdurasi 3 jam itu juga merupakan projek akhir semester penuntut tahun akhir diploma FITA UiTM Puncak Perdana.