Thursday 9 May 2013

MAX 2:4:7





Kumpulan anak muda ala K-Pop Malaysia, MAX247 yang amat terkenal dengan lagu “Gadis dan Bunga” telah meluangkan masa selama satu jam di konti UFM Radio semalam. MAX247 sebuah kumpulan yang dianggotai 12 orang anak muda pada mulanya dan kini kekal 10 orang sahaja.


                                                Dari kiri: Hans, Qim, Imtiyme, Eykal, Jaq

10 orang anak ini berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian. Konsep yang yang dibawa oleh mereka ialah Malaysia Pop (M-Pop) kerana ingin mengekalkan identity Malaysia untuk anak-anak muda ini. Kumpulan ini akan sentiasa mengekalkan unsure-unsur nyanyian dan lagu mengikut industry muzik Malaysia kini.
                                          RJ & DJ PUTERA bersama kumpulan MAX247
Sesi ujibakat kumpulan ini bermula pada 13 Mac 2011 di Aesar Mustaffa Studio (AMS) dan telah mendapat sambutan daripada anak-anak muda tempatan untuk mencuba nasib. Calon yang terpilih merupakan calon yang mempunyai bakat menyanyi dan menari dengan baik. Mereka yang berkomitmen tinggi ini diasah untuk bersama-sama membentuk kumpulan MAX247 sehingga kini.

                                                          Sesi temu bual di dalam konti

Anggota kumupulan mereka ialah Qim, Eykal, Mirul, Jaq, Fifi, A`ar, Hans, dan Obs. Mereka turut juga mempromosikan lagu terbaru mereka bersama Lady Gaga Malaysia Didie Alias yang berjudul “PING”. Mereka berkata ilham lagu tersebut datang apabila mereka dan Didie Alias sedang duduk sambil berbincang tentang judul lagu terbaru. Antara lagu lain yang popular dengan kumpulan ini ialah “satu cinta”, “biar putus sementara”, dan “cinta 247”.
                                                             MAX247 bersama DJ IS