Friday, 17 August 2012

Majlis Berbuka Puasa UFM bersama anak-anak yatim


Salam Ramadhan semua, bertempat di Dewan Anjung Budiman UiTM Shah Alam pada 10hb Ogos yang lalu telah diadakan Majlis Berbuka Puasa UFM bersama anak-anak yatim. Majlis yang berlangsung selama empat jam ini telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim, pensyarah-pensyarah, rakan media, rakan artis dan tetamu-tetamu dari dua buah rumah anak yatim.

Majlis di mulakan dengan ucapan daripada dekan dan seterusnya sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada barisan rakan-rakan artis yang turut sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Pusat Jagaan Kesayangan, Petaling Jaya dan rumah anak-anak yatim dari Bukit Indah, Ampang.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tidak dilupakan juga kepada semua penaja-penaja yang turut sama membantu.


Barisan warga UFM



Sebahagian daripada anak-anak yatim dari Petaling Jaya



Barisan rakan artis bersama penyampai UFM



Ceria: Masing-masing bersabar menunggu waktu berbuka



Pengurus UFM, En. Amirul dan pensyarah-pensyarah lain turut memeriahkan majlis



Amboi bergelas-gelas air mereka ni minum...

Thursday, 16 August 2012

Buka Puasa warga UFM


Salam dan selamat sejahtera semua pendengar UFM.  Kami harapkan anda semua sihat dan ceria-ceria hendaknya disamping keuarga dan rakan-rakan. Seperti Ramadhan tahun-tahun lalu, amalan berbuka puasa beramai-ramai sudah menjadi kebiasaan kami warga UFM.

Masing-masing jauh dengan keluarga, jadi inilah keluarga kami di Shah Alam ni, ‘Keluarga UFM’. Sebenarnya seronok juga dapat berbuka bersama-sama, disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Boleh dikatakan banyak jugalah restoran dah kami singgah di sekitar Shah Alam ni untuk berbuka, haa ..nanti bolehlah kami singgah lagi untuk diselitkan dalam ruangan ‘Food Arena’ untuk diperdengarkan kepada anda semua.

Jom kita tengok gelagat warga UFM berbuka puasa...


Buka Puasa Keluarga UFM


Meriah meja cik abang ni...


Sabar: Dj Amy dan Dj Sya ceria menunggu waktu berbuka


Wednesday, 15 August 2012

Persiapan Aidilfitri Warga UFM


Salam Ramadhan buat semua pendengar UFM yang beragama Islam, di kesempatan ini kami warga UFM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua pendengar yang terus menyokong dan menjadikan kami stesen radio pilihan anda.

Diam tak diam sudah minggu terakhir di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sayu pula rasa hati untuk meninggalkan bulan mulia ini. Gunakan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan memperbanyakkan lagi amal ibadat. Mesti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya kan?. Kami di UFM ini tak kurang sibuknya, masing-masing sibuk mengemas dan menghias bilik siaran bersempena lebaran kali ini.

Jom kita lihat aksi warga UFM yang bersungguh-sungguh menghias bilik siaran baru-baru ini...


Sebahagian dari warga UFM sibuk menghias 


Ceria: Dari kiri, Dj Fauzi, Hajar, Dj Shaz & Dj FK


Kerjasama: Semangat menyambut Aidilfitri @UFM